Ads

Friday, October 21, 2011

Apom Poka-Dot

Hari cuti baru-baru ni aku tak benda apa nk wat kat umah, aku merajinkan diri aku buat apom poka-dot.. Sebenarnya dah lama dah aku teringin nak wat tapi tak dak resepi... So bila aku tgk ada resepi kat blog kawan aku sorang ni aku pun nak try la... Alhamdulillah hasilnya menjadi...
Ni la hasil apom poka-dot aku ni...


Kat sini saya nak kongsi resepi yang saya dapat dari blog kawan saya ni supaya kawan-kawan yang lain pun boleh cuba wat sendiri kat umah bila ada kelapangan...

Bahan-bahan :
  • 3 biji telur gred A (dari peti sejuk tau)
  • 275 gram tepung gandum
  • 200 gram gula halus
  • 150 mililiter susu segar atau susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh ovallet
  • filling - strawbery atau pun blueberry (ikut kesukaan)
  • pewarna (ikut kesukaan)
Cara-cara :
  • masuk semua bahan dalam mangkuk mixer, pukul dengan kelajuan yang maksimum hingga kembang
  • bahagi adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan warna dan titik warna kesukaan anda
  • masukkan adunan berwarna ke dalam piping beg
  • picit adunan ke dalam mangkuk kertas - separuh sahaja
  • letak fillng ke dalam piping beg dan picit ke atas adunan dalam mangkuk kertas ikut citarasa anda
  • picit lagi adunan ke atas filling hingga hampir penuh
  • wat dot-dot atau corak kesukaan anda ke atas adunan
  • kukus selama 10-15 minit...
  • sedia untuk dihidangkan..
SELAMAT MENCUBA....!!!


Thursday, October 20, 2011

Rezeki Yang Tak Disangka-sangka....

Entah kenapa pg 13hb Oktober aku rasa cm malas sangat nak bangun tido... Rasa cam sakit kepala pun ada, rasa cam sakit badan pun ada... Dengan tidak semena-mena angin malas pun bertiup kencang... Dalam hati cakap ambik MC ja la rini...  Huh... Kena pi klinik la plak kalau nak MC... xpa la demi rasa malas tu aku pi jugak klinik...

Sampai klinik aku mendaftar la cam besa... Tgu turn kemudian masuk jmpa doktor.. Doktor tanya sakit apa...?? aku pun cakap aku rasa sakit kepala & sakit badan.... Doktor tu cakap awak mengandung kot (sebab dia tengok aku mai klinik ngan my hubby). Aku cakap la saya dh test dh minggu lepas tapi xde apa-apa pn... Doktor tu suruh wat pregnant test sekali lg... Aku pun ok ja la...


Wat-wat pregnant test tu hasilnya positif.... Huh.... Dalam hati macam-macam rasa ada... Happy, gelisah, takot & macam-macam lagi lah... Maklum la aku kan baru ja kawen... Kemudian doktor tu cakap aku mengandung 6 minggu... Lagi la aku terkejut... Aku baru kawen 3 @ 4 minggu masa tu cam mna plak aku bleh pregnant 6 minggu... Rupa-rupanya ia dikira daripada hari pertama aku last period... Heehehhe... rasa cam orang bodoh plak masa tu... Maklum la baru pertama kali pregnant... Hubby aku memang suka sangat la dengaq berita ni... Aku harap kandungan aku ni kuat & dapat bertahan hingga aku bersalin nanti bulan Jun tahun depan...