Ads

Monday, January 28, 2013

Sungguh Aku Boring


Hari ni dah masuk hari ketiga aku mai keja tanpa wat apa-apa.... Bukan sebab malas..(ceh masuk bakul angkat sendiri la plak..) tapi memang tak dak apa2 keja nak wat... Board tak masuk langsung kat production...

Sebelum ni banyak sangat sekarang dah tak dak langsung plak... So kiranya tiga-tiga hari ni mai keja surve internet ja la... tu yang dah update blog ni... (wat cam selalu tu sibuk sangat plak aku nih...padahal online sentiasa ja..)

Dah la sekarang ni kawan pun tak dak... Sebab member shift Cik Sufi tengan maternity leave... Bulan Mac nanti baru dia masuk keja balik... So tinggal la sorang-sorang & bertambah lagi la keboringan sebab tak dak kawan nak bergebang...


Feeding Bottle's


Haaihh sejak ada anak ni banyak update blog pasal anak jaa kan.. Harini nak update pasal botol susu Arissa.. Semalam balik dari keja terus pi umah mak.. Tidoq kat sana sebab my husband keja malam... Selalu  cam tu la kalau husband keja malam nesti bawak Arissa tdoq umah mak...

Sampai ja umah mak, mak tunjuk dia beli botol baru kat Arissa.. 


Ni haa botol yang mak beli untuk Arissa... Cantik jugak noh botol ni walaupun tak penah dengaq brand botol ni... Yang tak seronok nya Arissa cam tak berminat ja ngan botol ni... Dia wat tak tau ja bila tengok botol ni... Cian kat mak bila Arissa wat perangai cam tu....

Apa pun thank mak sebab beli botol baru kat Arissa... 

Maka bertambah la koleksi botol Arissa yang sedia ada....
x

Saturday, January 26, 2013

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih




Mari kawan-kawan kita join segmen ni... Untung-untung bleh dapat top-up free kan...
Syarat dia pun simple jerr... 

Nak join klik SINI

Tarikh Tamat : 30hb Jan 2013 Jam 11:59 mlm



Tuesday, January 15, 2013

GIVEAWAY FELINNA BEAUTY by CikMisi



Jom kita join giveaway ni.. Untung2 bleh dapat giveaway yang CikMisi nak bagi.... 
Lumayan jugak giveaway ni... 

Ni giveaway yang Cik Misi nak bg :

Cabutan yg pertama akan dapat:
Vitamin C - 1 kotak & Inchloss lotion - 1 botol

Cabutan yg kedua:
Inchloss lotion - 1 botol

Cabutan yg ketiga:
Vitamin C - 1 kotak

So apa lagi... Join la... Klik SINI ya kalau nak join..




TARIKH TAMAT GIVEAWAY : 31 JAN 2013




Friday, January 4, 2013

Tiada Had Harga Telefon Pintar





KUALA LUMPUR 2 Jan. - Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini berkata, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut hari ini.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat’.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.

Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.

SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm. gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - BERNAMA.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130103/dn_01/Tiada-had-harga-telefon-pintar#ixzz2H19UFcuK
© Utusan Melayu (M) Bhd