Ads

Friday, October 21, 2011

Apom Poka-Dot

Hari cuti baru-baru ni aku tak benda apa nk wat kat umah, aku merajinkan diri aku buat apom poka-dot.. Sebenarnya dah lama dah aku teringin nak wat tapi tak dak resepi... So bila aku tgk ada resepi kat blog kawan aku sorang ni aku pun nak try la... Alhamdulillah hasilnya menjadi...
Ni la hasil apom poka-dot aku ni...


Kat sini saya nak kongsi resepi yang saya dapat dari blog kawan saya ni supaya kawan-kawan yang lain pun boleh cuba wat sendiri kat umah bila ada kelapangan...

Bahan-bahan :
  • 3 biji telur gred A (dari peti sejuk tau)
  • 275 gram tepung gandum
  • 200 gram gula halus
  • 150 mililiter susu segar atau susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh ovallet
  • filling - strawbery atau pun blueberry (ikut kesukaan)
  • pewarna (ikut kesukaan)
Cara-cara :
  • masuk semua bahan dalam mangkuk mixer, pukul dengan kelajuan yang maksimum hingga kembang
  • bahagi adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan warna dan titik warna kesukaan anda
  • masukkan adunan berwarna ke dalam piping beg
  • picit adunan ke dalam mangkuk kertas - separuh sahaja
  • letak fillng ke dalam piping beg dan picit ke atas adunan dalam mangkuk kertas ikut citarasa anda
  • picit lagi adunan ke atas filling hingga hampir penuh
  • wat dot-dot atau corak kesukaan anda ke atas adunan
  • kukus selama 10-15 minit...
  • sedia untuk dihidangkan..
SELAMAT MENCUBA....!!!


Thursday, October 20, 2011

Rezeki Yang Tak Disangka-sangka....

Entah kenapa pg 13hb Oktober aku rasa cm malas sangat nak bangun tido... Rasa cam sakit kepala pun ada, rasa cam sakit badan pun ada... Dengan tidak semena-mena angin malas pun bertiup kencang... Dalam hati cakap ambik MC ja la rini...  Huh... Kena pi klinik la plak kalau nak MC... xpa la demi rasa malas tu aku pi jugak klinik...

Sampai klinik aku mendaftar la cam besa... Tgu turn kemudian masuk jmpa doktor.. Doktor tanya sakit apa...?? aku pun cakap aku rasa sakit kepala & sakit badan.... Doktor tu cakap awak mengandung kot (sebab dia tengok aku mai klinik ngan my hubby). Aku cakap la saya dh test dh minggu lepas tapi xde apa-apa pn... Doktor tu suruh wat pregnant test sekali lg... Aku pun ok ja la...


Wat-wat pregnant test tu hasilnya positif.... Huh.... Dalam hati macam-macam rasa ada... Happy, gelisah, takot & macam-macam lagi lah... Maklum la aku kan baru ja kawen... Kemudian doktor tu cakap aku mengandung 6 minggu... Lagi la aku terkejut... Aku baru kawen 3 @ 4 minggu masa tu cam mna plak aku bleh pregnant 6 minggu... Rupa-rupanya ia dikira daripada hari pertama aku last period... Heehehhe... rasa cam orang bodoh plak masa tu... Maklum la baru pertama kali pregnant... Hubby aku memang suka sangat la dengaq berita ni... Aku harap kandungan aku ni kuat & dapat bertahan hingga aku bersalin nanti bulan Jun tahun depan...


Wednesday, September 28, 2011

Bertukar Status....

Setelah sekian lama bercuti akhir nya aku kembali bekerja..... Tapi kerja dlm mood yang malas yang amat.... Entah dari mana datang nya angin yang membuatkan aku rajin nak update blog pagi-pagi buta cm ni... sebenarnya aku keja malam so sementara nak tunggu time balik aku merajinkan la diri aku nak update blog..

Aku malas nak tulis panjang-panjang... So kita layan ja la sedikit sebanyak gambar sempena Majlis Perkahwinan aku baru-baru ni....

Sebelum Majlis Akad Nikah Berlangsung...
Berdebar-debar oo masa tue....


Akhirnya aku sah bernikah dengan suami tercinta....
Alhamdulillah....

Cincin perkahwinan...
Tanda cinta terikat sudah.....

Majlis Batal Air Sembahyang...


Kini aku bernaung di bawah lembayung kasihmu...

Merenung masa depan yang akan ditempuhi bersama...

Pelamin kasih...
Singgahsana raja sehari.....

Hijau pink pilihan hati untuk menjadi raja sehari...

Tersenyum gembira...
Doakanlah perkahwinan aku sentiasa diberhati, kekal hingga ke hujung nyawa, bahagia sentiasa dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah....
Amin....

Monday, September 12, 2011

Cuti Panjang....!!!



Hari ni last aku keja.. Ooppss...!!! Bukan nak resign ok tapi ambik cuti untuk persiapan perkahwinan aku dengan tunang aku yang tersayang.... Aku update blog ni pun guna internet kt tempat keja jerr sebab kalau balik umah memang tak sempat punyalah nak update blog sebab banyak keja yang menanti aku kat umah... 
So curi-curi la masa keja tambah-tambah bila supervisor balik halfday hari ni... 
Peluang-peluang.....

Aku akan mula bercuti dari 13 September hingga 21 September...  Tak la panjang sangat kan... Rasanya orang lain ambik lagi panjang kot kalau cuti kawen.... Tapi aku ambik cuti ckit jerr sebab nak spare cuti untuk kenduri belah pihak lelaki plak 
bulan Disember ni.... Lama kan nak kena tunggu... Huhuhu....

Aku harap perkahwinan ni akan kekal hingga ke akhir hayat.... Kepada kawan-kawan tolong doakan untuk aku naa... Bye... 


Monday, September 5, 2011

PKC ku menangis di pagi Syawal....

Firstly aku nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blogger... (bajet cam ramai follower la konon tapi pada hakikatnya ciput ja pun...)


Hari raya sepatutnya jadi hari yang mengembirakan semua orang... Tapi something happen masa 1st day hari raya telah menyebabkan mood hari raya aku pudar cikit... Ni la kisah yang menyebabkan mood hari raya aku kelam....
Jom layan cita aku ni jap...

Sambil tersenyum aku memandu PKC aku lepas beraya kat rumah mak mertua tak jadi aku.... Tengah asyik memandu sambil hati berlagu riang tiba-tiba... kereta aku terhenti di tengah jalan.... sebabnya PKC aku bertembung ngan sebiji kereta Saga BLM warna hitam... Alamak cam mana ni... Mampus la poket aku nak kena bayar berapa plak ni pagi-pagi raya ni... Jantung aku cam terhenti jap sebab first time berlanggar dengan kereta orang... kalau berlanggar ngan pagar & tiang tu aku besa la jugak... Hehehe..

Sambil kontrol perasaan takut aku turun dari kereta.. Aku tengok kereta orang tu... Nasib baik tak berapa teruk sangat.... Aku tengok plak PKC aku... Alamak dah comot la.... Tak pa lah.. Kereta aku tak berapa penting... Yang penting kereta Saga BLM tu cam mana plak...

Dengan bajet berani nya aku tanya cam mna ni...

Aku : Encik, cam mna ni..?? Saya nak kena bayar ganti rugi ka nak wat report polis ja  kat balai....
En. Saga BLM : Alamak teruk cikit la kereta saya... Jap yerr saya fikir cam mna.. ( Sambil dia berfikir tu dia ah pangggil kaum kerabat dia mai kat tempat kami berlanggar...)
Aku : (dalam hati : ramainya kaum kerabat dia mai tengok... mampus dah aku... tapi dia ni lelaki... perlu ka nak panggil semua kaum kerabat dia mai sedangkan aku ni perempuan jer....)
En. Saga BLM : cam ni la... awak bayar ganti rugi ja la....
Aku : berapa cik yang saya perlu bayar....??
En. Saga BLM : jap yerr saya call mekanik....

Sepuluh minit kemudian mekanik pun sampai....

Aku : cam mna cik...???
Mekanik : ni kena cat balik ni... tak teruk pun....dalam RM 250 jerrr...
En. Saga BLM : Ehh teruk ni kereta saya.... kemek cikit ni...
Mekanik : Ak'a kena ketuk ckit ni... Dalam Rm 350 jerr.... Cuba buka pintu kereta
En. Saga BLM : Boleh buka sambil membuka pintu kereta....
Mekanik : Ehh kena tukar pintu ni...
Aku : dalam hati.... tak kan calar & kemek tak sampai 5mm pun sampai kena tukar pintu.... Gila ka apa depa ni...
Mekanik : ni total semua dalam Rm 500 cam tu....
Aku : tak pa lah cik... Saya wat report ja la kat balai.. Cik nak ikut jom la... Kalau tak nak ikut suka...
En. Saga BLM : Ehh cik kita settle kat cini ja la...
Aku : Dari saya bayar awak RM 500 lebih baik saya wat report ja kat balai....Kalau saya salah saya kena saman RM 300 ja...

Aku pun terus drive ke Balai Polis yang berdekatan..... Aku masuk jerr balai polis tu tros seorang polis trafik tu tanya... ni tuan punya kereta PKC yang accident tu ka... Dalam hati aku cakap aikk aku belum pun cakap apa-apa dia ni dah tau dah... confirm polis ni kawan En. Saga BLM.. aku wat tak tau jerr kat polis tu tros aku wat report.. Pastu polis tadi tu menyampuk lagi... "Kalau orang tak langgar kita, kita yang langgar orang..." dalam hati aku ni aku tak angin dah ni kat polis tu... Dengan selamba ja aku cakap..."tak pa la kalau saya langgar orang pun, saya bayar saman...." tros polis tu terdiam.... aku tau polis tu sebenarnya nak perli aku... dia nak kata aku la yang salah... Ada aku kisah... Pas dah settle wat report & jumpa pegawai penyiasat aku kena saman RM 300... tak pa lah kena saman RM 300 dari aku bayar EN. Saga BLM tu RM 500 & ganti pintu dia yang ternyata tak teruk pun tu...

Kalau nak ikut kan aku bukan nya salah sangat pun.... Aku sebenarnya nak elak dari langgar kereta yang parking kat tempat tak leh parking tu.. Aku mana la nak nampak ada kereta nak mai dari arah depan sebab kat situ selekoh... Disebabkan Saga BLM tu laju & tak sempat nak hentikan kereta tu yang terlanggar pintu belakang kereta dia ckit tu.. Tak pa lah nak wat cam mna benda dah jadi... Apa yang pasti dia tak leh nak claim insuran PKC aku tu sebab kereta dia tu kena cikit sangat...  En. Saga BLM tu meroyan sangat sebab kereta dia tu dia baru ja beli dua hari sebelum Hari Raya... Dia beli kereta second hand.... Nasib hang la Em. Saga BLM... Repair la sendiri kereta hang tu... Sapa suruh hang demand sampai RM 500... Kalau hang cakapa RM 250 yang mula-mula tu dah lama dah aku bayar...

Bagus jugak bnda ni jadi kat aku supaya aku jadi berani & tak mudah kena tipu dengan orang lain.. Benda ni akan wat aku lebih berhati-hati kat jalan raya & berhati-hati dengan orang yang mudah nak kelentong duit ornag terutama
pemandu wanita cam aku.....



Tuesday, August 16, 2011

Hari Raya tanpa Kad Raya....!!!!




Satu ketika dulu bila menjelma hari raya mesti semua orang kelam kabut nak beli kad raya untuk dihantaq kat kawan-kawan.... Macam-macam jenis kad raya kita beli... Yang katun lah, yang gambar masjid lah....
Yang jenis sekeping lah... yang ada music lah & macam-macam lagi lah...  Kad-kad tu dihias pada dinding bila Hari Raya menjelma... Kemudian kad-kad tu disimpan sebagai kenangan...

Sekarang ni tradisi menghantar kad raya hampir pupus di kalangan kita semua... Hanya sms pengganti kad raya... Boleh kerr sms-sms tu digantung pada dinding umah kita sebagai hiasan...???? Tak ramai yang menyimpan sms-sms tu sebagai kenangan... Ada kala nya bila sms terlalu banyak dalam inbox ia dipadam serta merta.. Apa lagi yang tinggal untuk di buat kenangan bila sms-sms tu dipadam...??

Sedihkan.... Macam saya jgk la... Dulu posmen datang mesti stop kat umah saya hantar kad-kad raya yang dihantar oleh kawan-kawan tapi sekarang saya dah tak dapat dah kad raya sebab kawan-kawan just hantar sms jerrr... Maybe sebab lebih jimat & cepat kot....

Itulah manusia bila dapat teknologi yang canggih, tradisi lama kian dilupakan...

Wednesday, July 20, 2011

July Give Away:kau sahabat kau teman by Hana,Syafa dan Kak Yana


Syarat-syarat Penyertaan :
  1. korang mesti follow blog hana, syafa dan Kak yana
  2. contest ini adalah terbuka untuk sesiapa saja yang berminat.
  3. buat satu entry bertajuk July Give Away:kau sahabat kau teman by Hana,Syafa dan Kak Yana
  4. copy banner kat atas letak dekat entry anda.
  5. ceritakan tentang sahabat baik anda . gambar korang dengan sahabat anda mesti ada(kalau takda letak lah gmbar sahabat anda).
  6. ceritakan tentang sahabat anda contoh: perangai dorang,fizikal "dia"
  7. ceritakan dugaan apa yang anda pernah tempuh bersama-sama
  8. ceritakan pengalaman paling manis anda dengan sahabat anda.
  9. copy syarat-syarat ini dan copy senarai sponser.
  10. tag kan contest ini dekat kawan-kawan korang sekurang-kurangnya 2orang (diorang mesti tahu tentang contest ni)
  11. lepas dah buat entry komen dekat post ini.
Hadiah :

  • contact lens (untuk 2 orang)
  • baju couple untuk best friend
  • earfone cartoon(korang boleh pilih)
  • shawl
  • pashmina
  • dan sebagainya hana akan bagitahu di pertengahan contest ini



Senarai-senarai Sponser:
  ----------------------------------------------------------------------------------------

 


Kawan saya yang pakai tudung biru tanpa cermin mata nama dia Shafawati... Dia seorang yang sangat lemah lembut jika nak dibandingkan dengan kami semua... Dia sederhana tinggi dan rajin dan bijak... Saya selalu jugak la tiru assigment dia masa study dulu... Kalau dapat satu group dengan dia masa wat assigment lagi best sebab dia selalu cari bahan tanpa disuruh... Sekarang dia study kat UPSI... Tak lama lagi jadi cikgu la...

Kawan saya yang pakai tudung biru dengan cermin mata ni nama dia Siti Amirah... Dia ni kasar sikit dari segi luaran tapi dari segi dalaman sangat la sensitif....  Dia ni rendah jerr tapi IQ dia tinggi la dari saya... Saya satu sekolah dengan dia dari Tingkatan 4 sampai la habih pengajian kat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.... Sekarang dia study kat UniMAP....

Kawan saya yang pakai tudung pink ni plak nama Nur Anis Adilah... Dia ni pun lemah lembut jugak tapi sedikit tegas... Dia ni pun bleh dikatakan sebagai golongan bijak pandai tapi sayang nya dia pun cam saya tak sambung study... Sekarang dia dah bergelar Puan Nur Anis Adilah... Dia dapat gelaran puan setelah mendirikan rumahtangga dengan suaminya yang tersayang...

Kawan saya yang sorang lagi ni plak nama dia Farah Hazwani...Dia ni kadang-kadang cam kasar tapi kadang-kadang cepat plak tersentuh hati kalau orang tak bagi perhatian kat dia... Sekarang ni dia study kat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia....

Pengalaman yang penah kami tempuh bersama terlalu banyak... Tapi kenangan yang saya paling tak leh lupa bila Shafa & Farah Hazwani accident dengan apek sayur masa on the way pi kelas.... Yang best nya 2 orang ja yang accident tapi ramai gila yang pi klinik.... Nasib baik la kelas plak batal masa tu...

Pengalaman paling manis adalah pengalaman yang kami tempuh bersama sepanjang kami menyewa rumah masa study dulu... Setiap hari ada saja pengalaman baru yang kami tempuh...

NAK TAG :::

   

Thursday, June 30, 2011

Give Away : Anda Nak Edit Blog

Hye semua blogger... Salam 1 Malaysia...

Hari ni saya nak join 1 segmen yang diberi nama Give Away : Anda Nak Edit Blog...
Segmen ni dibawah naungan Blogger Cik Inas & Wawa...

Syarat nak join segmen ni simple jerr... Just follow jerr blog Cik Inas & Wawa...
Dah tu tak payah wat entry pun... Letak banner pun tak perlu... Kan simpe tuu...
Just paste kan link blog jerr kat kat diorang punya entry..

Nak join...???? Klik jerr kat SINI....
Jom kita join ramai-ramai... Untung-untung ada yang menang bleh la edit blog cantik-cantik...

Tarikh tutup : 7 Julai 2011

Tuesday, June 7, 2011

Demam Nora Elena & Seth Tan sedang melanda seluruh Malaysia...


Pasti semua penonton TV3 sedang demam Nora Elena & Seth Tan sekarang ni kan.... Pergi mana-mana pun semua orang akan bercakap tentang Slot Akasia Nora Elena... Kat tempat kerja saya pun cam tu jugak... Sambil makan pun sempat lagi bercerita tentang Nora Elena...

Huh memang bestlah cita ni... Nak wat apa pun dah tak boleh dah masa slot ni sedang ditayangkan kat TV.. Sampaikan ada yang solat Maghrib pukul 8.00 malam semata-mata drama ni...

Tengok la betapa secocoknya pasangan ni bila digandingkan dalam drama ni... Yang sorang ni
handsome & romantik... Yang sorang lagi plak cantik & putih melepak...
Memang sesuailah digandingkan dalam drama ni...

Kepada sesiapa yang terlepas drama ni dari awal boleh tonton semula kat laman web tonton... Kalau nak tau lebih lanjut drama ni tanpa tunggu nak tonton kat TV bleh baca novel
KASIH YANG SUCI.....

Apa yang pasti negara kita akan terus demam Nora Elena ni sampai 17 June ni..... Lepas ni tak tau la nak demam tengok drama apa plak....


Monday, June 6, 2011

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU


Waa... Abg Ben wat segmen baru lagi... Kali ni Abg Ben nak ajak kita semua serbu blog baru macam blog saya ni haa.. Syaratnya blog tu mesti mempunyai follower kurang dari 1000 org...

Nak join klik SINI ataupun klik ja header Abg Ben kat atas ni....

Mencari Blog Hot


Blog saya ni  tak hot pun.. Tengok follower pun kurang... Tapi saya still nak join jugak supaya blog saya pn bleh hot jugak...

Apa..??? Nak join jugak...?? Bleh jer... Klik kat header ok....

Friday, June 3, 2011

BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO ..


Saya suka blog kerana dapat mengisi masa lapang dan menghilangkan rasa bosan....

Nak join....??? Klik SINI

Seharian di Pulau Jerejak.....


21 Mei 2011... Hari yang mengembirakan kerna dapat jumpa kawan-kawan kelas masa aku study dulu... (study kat poly ja dulu...). walau pun yabg hadir cuma 10 orang ja, reunion ni tetap best... ( budak kelas ramai tapi tak hadirkan diri dengan bermacam-macam alasan..)

Jom kita ushar aktiviti-aktiviti kami kat sana...

Jeti Pulau Jerejak...
Dalam feri menuju ke Pulau Jerejak...
Sampai kat Lobi Resort..
Tukar kasut untuk aktiviti Jungle Trekking
Trek ni la yang akan kami ikut....
Pendakian bermula...
Dalam perjalanan pendakian... Penat gila... cam nak tercabut lutut..
Akhirnya sampai di puncak pendakian...
Bestnya dapat merehatkan kejap kaki nih....

Titi Gantung Pulau Jerejak...
Panjang jugak la titi nie.... Dah tu tinggi plak...
Sempat lagi berposing atas Titi Gantung
Perjalanan yang penuh gayat & bergoyang-goyang....
Dah lepas Titi Gantung kena redah Flying Fox pulak sampai resort...
( Sebenarnya bleh ja kalau tak nak naik flying fox ni tapi dah bayar kan so naik ja la....)
Kumpulan "Kita Bako Je....."
Main bola tampar kat tepi pantai.....Tengah-tengah panas terik....
Wallclimbing....
Menguji ketahanan & kekuatan tangan...
Rapeling....
Sewa basikal RM 10 Sejam....
Destinasi terakhir utk trek berbasikal....
Berlatar belakang penjara lama yang berusia 100 tahun...
Jeti Lama Pulau Jerejak....
Berehat sebentar setelah penat berkayuh...
Dalam perjalanan balik....
Sampai di Jeti Pulau Jerejak...
Ni la reunion yang paling best yang penah saya ikut walaupun hanya 10 orang ja yang join.... Kepada kawan-kawan yang tak join reunion kali ni pastikan join untuk
aktiviti yang akan datang..
Kalau tak join mesti ampa semua menyesal...