Ads

Thursday, October 3, 2013

Cameron Highlands Trip

Hahahahaha.... Gambar yang dah basi pun aku nak letak jugak dlm blog nie... Gambar2 ni sebenarnya masa aku ngn lovely family pi bercuti kat Cameron Highlands sebelum bulan puasa ritu... Konon nya nak bercuti sempena nak smbut puasa...

Jom layan cikit pasal gambar-gambar nie...

Ni salah satu pic comey Arissa tapi agak kabur ckit la maklum la pakai camera digital biasa jerr

Ni gambar hari pertama kami sampai kat Cameron Highlands

Strawberri coklat yang orang cakap sedap sangat tu...
Harga dia RM 16.90 satu set

Ni masa kami nak breakfast kat Tanah Rata

Ni masa kat Agro Farm...
Arissa bukan boleh tengok benda-benda cm ni..
Nak naik benda alah ni sampai tak mau balik

Ni pun masa kat Agro Farm jugak.....

Dapat jugak aku rasa Strawberri Coklat nie....
Thanks En Hubby sbb belanja wife mu yang kempunan
nak makan Strawberry Coklat ni

Kenangan kat Big Red Strawberri Fram 

Ni kenangan En Hubby with Arissa 
Thanks En Hubby sbb bawak sayang & Arissa bercuti... Len kali bawak la lagi......

Siakap 3 Rasa

Huh.... Entry kat blog usang nih dah macam chipsmore kan.... Kejap ada entry kejap sepi tanpa entry...Kejap kerr..??? Lama kot tanpa entry...

Hari ni nak update ckit jerr... Semua gara-gara my little princess kurang makan nasi sejak dua menjak ni... En Hubby dah mula risau sebab anak kesayangan dia kurang makan nasi... Asyik minum susu jerr.... Kalau dulu 1 hari nak minum susu 4 botol sehari pun susah tapi sekarang bleh habih 8 botol sehari.... Jenuh jugak la nak beli susu... Kata2 mama yang kedekut + sengkek cm AKU.... hehehehe

Panjang lebar plak noh malam ni aku berceloteh..... ok2 skrang aku nak kongsi resepi Ikan Siakap 3 Rasa yang aku wat baru ni.... Tak la sedap macam kat kedai tapi memadai la nak kenyang kan perut kami 3 beranak...

Bahan-bahan :

Ikan siakap yang siap di siang
8 tangkai cili kering yang telah di rebus 
8 tangkai cili padi (kalau nak lebih pedas tambah la lg)
1 lawang bawang besar 
2 batang serai
1/2 biji nenas ( guna dalam tin pun boleh)
1 biji tomato
sos cili + sos tomato + sos tiram
garam + gula

Cara memasak :

1. Goreng ikan siakap hingga garing. Angkat dan toskan
2. Blend cili kering + cili padi + bawang besar
3. Tumis bahan yang telah diblend kemudia masukkan kesemua jenis sos dan serai 
    yang telah diketuk. Masak hingga hilang bau cabai
3. Masukkan bawang besar + nenas + tomato yang telah dipotong dadu kemudian    
    tambah kan garam dan gula secukup rasa...
4. Angat dan tuang atas ikan siakap yang telah digoreng garing tadi..
5. Siap utk dihidang....

Ni la rupa Ikan Siakap 3 Rasa saya...