Ads

Friday, October 21, 2011

Apom Poka-Dot

Hari cuti baru-baru ni aku tak benda apa nk wat kat umah, aku merajinkan diri aku buat apom poka-dot.. Sebenarnya dah lama dah aku teringin nak wat tapi tak dak resepi... So bila aku tgk ada resepi kat blog kawan aku sorang ni aku pun nak try la... Alhamdulillah hasilnya menjadi...
Ni la hasil apom poka-dot aku ni...


Kat sini saya nak kongsi resepi yang saya dapat dari blog kawan saya ni supaya kawan-kawan yang lain pun boleh cuba wat sendiri kat umah bila ada kelapangan...

Bahan-bahan :
  • 3 biji telur gred A (dari peti sejuk tau)
  • 275 gram tepung gandum
  • 200 gram gula halus
  • 150 mililiter susu segar atau susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh ovallet
  • filling - strawbery atau pun blueberry (ikut kesukaan)
  • pewarna (ikut kesukaan)
Cara-cara :
  • masuk semua bahan dalam mangkuk mixer, pukul dengan kelajuan yang maksimum hingga kembang
  • bahagi adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan warna dan titik warna kesukaan anda
  • masukkan adunan berwarna ke dalam piping beg
  • picit adunan ke dalam mangkuk kertas - separuh sahaja
  • letak fillng ke dalam piping beg dan picit ke atas adunan dalam mangkuk kertas ikut citarasa anda
  • picit lagi adunan ke atas filling hingga hampir penuh
  • wat dot-dot atau corak kesukaan anda ke atas adunan
  • kukus selama 10-15 minit...
  • sedia untuk dihidangkan..
SELAMAT MENCUBA....!!!


3 comments:

Wanie Ghazali said...

pandainye buat

Nur Azila Romli said...

cuba la buat.... msti wanie pn pndai buat jgk nnt... :-)

Ain Dzaya said...

da pandai buat nie..boley blaja buat bisnes kecik kecilan nie ...

heheh

Apa sebenarnya hukum pakai contact lens?!