Ads

Friday, November 2, 2012

Permata Yang Tak Ternilai...

Malam ni angin apa tah yang bertiup kat diri aku ni tiba-tiba rasa rajin plak nak update blog yang dah lama terbiaq... (sebenarnya rasa rajin ckit sebab rini check nuffnang meningkat sikit lagi....hehehe...over ja lebih.. yang sebenarnya naik beberapa sen jee....)

Sebenarnya aku nak bercerita tentang pengalamanku melahirkan puteri sulungku... Permata pertama yang tak ternilai harganya... 



Pada malam 15hb Jun 2012 aku mula rasa perut aku memulas cam orang tersilap makan... Aku gtau kat husband aku... Dengan mudah nya dia ajak aku pi check kt hospital sebab nak kata aku dh nak beranak due date aku seminggu lagi masa tu... Memang tak la aku nak pi hospital... Sebab aku cm dah rasa fobia nk pi hospital sebab sepanjang aku mengandung dh 2 kali aku check in kat Hospital Bersalin Pulau Pinang sebab turun darah.... tu belum masuk pi check up sebab sakit perut yang terlampau... Sambung balik cerita tadi... Disebabkan aku degil sgt tak mau pi hospital, husband aku wat xlayan ja kt aku... Dia tros tido biar aku sakit sorang2.... (padan muka aku sebab degil sgt..). Semalaman jugak la aku tak tido.. Aku rasa maybe aku tertido lebih kurang pkul 6pg kot sbb terlalu mengantuk kot....

Pagi esok nya lebih kurang pkul 9 husband aku gerak aku dari tido... Dia kata darah apa tu yang lekat kat cadar... Terkejut la aku.... Takut pun ada jgk... Rasanya dh turun tanda kot aku cakap kat husband aku.... Dia suruh aku cpt2 siap nak pi hospital... Dalam pkul 12 lebih kot baru aku g hospital... Pas check semua lebih kurang pkul 1.40 tgh doktor cakap baru terbuka 2cm dan aku kena check in hospital wat kali ketiga....
Disebabkan anak aku terlalu aktif dlm perutku menyebabkan aku disuntik ubat tahan sakit 2 jarum sebab doktor takut aku sakit teruk.. (Dalam hati aku belum lagi sakit kenapa nak kena suntik ubat tahan sakit plak..)

Hanya Tuhan ja tau betapa mengantuk nya ubat tu... Aku pn apa lagi tido la... Tapi tidoku yang nyenyak berakhir lebih kurang pkul 4 petang sebab tanda2 sakit nak bersalin mula terasa... Bila mengantuk + sakit jadi pening la akhirnya... Peningku tahap kritikal sampai aku tak lalu nak makan & badan mula mengeletar....
Aduhai... Terpaksa la aku bertahan...Sampai pkul 6.30ptg aku dah tak berjaya nak tahan pening... Mak aku yang mai melawat sebelah ptg sruh aku mandi utk hilangkan rasa pening... Semasa mandi aku rasakan air ketuban aku mula pecah nak rasa baby dah nak terkeluar sgt2... Aku terus ditolak masuk ke Labour Room setelah diperiksa oleh seorang nurse yang mengatakan dah terbuka 9 cm... Tepat pukul 6.58ptg aku selamat melahirkan permata hatiku ditemani suamiku... Mendengar tangisan puteri sulungku terasa hilang semua kesakitan yang aku rasa....

Permata hati ku dinamakan sebagai Nur Arissa Nabila Binti Narulazhar yang bermaksud Cahaya yang Kuat dan Mulia... 
Doaku supaya dia menjadi anak yang solehah dan taat pada agama.....


No comments: