Ads

Saturday, April 27, 2013

Tak Berbaloi & Hampeh

Patut la pagi tadi nak hantaq mesej tak boleh... Ingatkan hp rosak ka apa... Rupa2nya bil tinggi melambung sampai line kena barred... 

Aku ngn hubby ada la guna line satu telco ni.... 2 line termasuk ngn pelan data 3GB lebih kurang RM 150 la.. mmg la selalu tunggu gaji baru bayaq tapi tak pernah la plak sampai kena barred... dah kena barred aku pun check la bil... tgk2 unbilled ja dah kena RM 166.++ heran jgk la.. aku call tak dak la tera mana pun.. aku pn separated la bil tgk no mna guna banyak sgt ni... tgk2 number aku baru RM 9.++...  Number hubby plak RM 157.++... Aku pon call la dia guna fon kilang ( dah kena barred kan line aku so xleh la nak call keluar)
tanya dia call sapa banyak sgt ni.. dia kata xcall sapa pn... sruh check internet dia dh brapa sbb limit dia 250MB sahaja... Yang aku punya yang 3GB... dia kata dia punya 265MB.. makna nya 15MB la lebih.. 

Aku ngn hubby pi la telco centre tu... nak tanya.... pastu dia check2 dia kata hubby punya internet dah lebih had sebanyak 15MB.. Aku cakap la takkan sebab 15MB kena cas sampai RM 150.00 kot... Dia kata "ya cik RM 150.00 sebab 1MB RM10.... Gila bapak punya mahal.. baik aku beli yang sehari 100MB tu baru RM2.00 kot...

Memang xpatut btol telco ni...Memang habih kontrak ni aku nak potong line ngan pelan data ni... Memang menyusahkan btol guna telco ni... Sakit hati gila... Xpasal-pasal melayang duit 
RM 150.00 hanya sebab 15MB... memang TAK BERBALOI....

Ni la telco yang mahal sangat tu..


Tuesday, February 12, 2013

Sampai jugak....


Hehehehe.... Angin apa tah aku malam ni... Rajin la pulak aku malam ni dok update blog...


Ni ha free sample yang aku dapat dari Baby Love... Lama dah request benda alah ni... Rasanya bulan Nov tahun lepas... Ni bulan Feb baru sampai.. 

Apa pun thankz sebab antaq jugak untuk baby Arissa... Pasni bleh la baby Arissa try diapers ni... Sebab mama Arissa pun memang ada ura-ura nak tukar diapers Arissa sebab diapers sekarang yang baby Arissa pakai cepat berbau walau pun baru ja pakai...

Botol ohh Botol....!!!!


Hari Sabtu baru ni my hubby balik kg dgn kawan sekampung dia... Aku...??? aku tak ikut my hubby blk kampung sebab keja... Masa cuti-cuti umum cam ni la baru dapat wat duit lebih... Dapat OT 2.0 tu... (gila duit & gila OT wat seketika)...

Cam selalu la bila my hubby xdak kat umah aku mula la angkat kain baju aku dgn baby Arissa blk umah family... maklum la dekat.... Kalau jauh xtau la cam mna kan....

Aku keja shift malam minggu ni....So baby Arissa tido dengan mak tok la... Nak jadikan cerita, baby Arissa ni memang pas habih minum susu dia akan baling ja botol dia mana dia suka cam dia selalu baling puting dia jauh-jauh... pukul 4 pg baby Arissa nangis nak susu... Cari punya cari tak jumpa pn botol susu dia.... So terpaksa la mak tok bagi baby Arissa minum susu gula botol Patoto yang dia xberapa  nak suka... Terpaksa la jgak dia minum sbb lapar... Kesian dia...

So petang tadi aku pi la cari botol susu Arissa yang baru... Nak cari yang sama cam yang hilang tu xdak... Belek punya belek aku beli botol  Tommy Tippee...


So mulai sekarang baby Arissa akan guna botol ni la dulu... Nanti mama beli tambah botol susu kat baby Arissa naa.. 

Monday, January 28, 2013

Sungguh Aku Boring


Hari ni dah masuk hari ketiga aku mai keja tanpa wat apa-apa.... Bukan sebab malas..(ceh masuk bakul angkat sendiri la plak..) tapi memang tak dak apa2 keja nak wat... Board tak masuk langsung kat production...

Sebelum ni banyak sangat sekarang dah tak dak langsung plak... So kiranya tiga-tiga hari ni mai keja surve internet ja la... tu yang dah update blog ni... (wat cam selalu tu sibuk sangat plak aku nih...padahal online sentiasa ja..)

Dah la sekarang ni kawan pun tak dak... Sebab member shift Cik Sufi tengan maternity leave... Bulan Mac nanti baru dia masuk keja balik... So tinggal la sorang-sorang & bertambah lagi la keboringan sebab tak dak kawan nak bergebang...


Feeding Bottle's


Haaihh sejak ada anak ni banyak update blog pasal anak jaa kan.. Harini nak update pasal botol susu Arissa.. Semalam balik dari keja terus pi umah mak.. Tidoq kat sana sebab my husband keja malam... Selalu  cam tu la kalau husband keja malam nesti bawak Arissa tdoq umah mak...

Sampai ja umah mak, mak tunjuk dia beli botol baru kat Arissa.. 


Ni haa botol yang mak beli untuk Arissa... Cantik jugak noh botol ni walaupun tak penah dengaq brand botol ni... Yang tak seronok nya Arissa cam tak berminat ja ngan botol ni... Dia wat tak tau ja bila tengok botol ni... Cian kat mak bila Arissa wat perangai cam tu....

Apa pun thank mak sebab beli botol baru kat Arissa... 

Maka bertambah la koleksi botol Arissa yang sedia ada....
x

Saturday, January 26, 2013

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih




Mari kawan-kawan kita join segmen ni... Untung-untung bleh dapat top-up free kan...
Syarat dia pun simple jerr... 

Nak join klik SINI

Tarikh Tamat : 30hb Jan 2013 Jam 11:59 mlm



Tuesday, January 15, 2013

GIVEAWAY FELINNA BEAUTY by CikMisi



Jom kita join giveaway ni.. Untung2 bleh dapat giveaway yang CikMisi nak bagi.... 
Lumayan jugak giveaway ni... 

Ni giveaway yang Cik Misi nak bg :

Cabutan yg pertama akan dapat:
Vitamin C - 1 kotak & Inchloss lotion - 1 botol

Cabutan yg kedua:
Inchloss lotion - 1 botol

Cabutan yg ketiga:
Vitamin C - 1 kotak

So apa lagi... Join la... Klik SINI ya kalau nak join..




TARIKH TAMAT GIVEAWAY : 31 JAN 2013




Friday, January 4, 2013

Tiada Had Harga Telefon Pintar





KUALA LUMPUR 2 Jan. - Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini berkata, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut hari ini.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat’.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.

Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.

SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm. gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - BERNAMA.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130103/dn_01/Tiada-had-harga-telefon-pintar#ixzz2H19UFcuK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, December 30, 2012

Buah Sawa


Buah sawa... First time aku dengaq nama buah ni... Tertanya2 jugak la aku buah apa tu... Sebab mak mertua aku suruh abang ipar aku beli... 

Macam2 aku bayang tentang buah ni... Almaklum la perak tak penah dengaq... Tak sabar pun ada tunggu abang ipar aku balik dari pekan.... Hehehehe...

Bila abang ipar aku balik dia kata " nak tengok... ni la buah sawa.."..... 

Korang tau x rupa buah sawa ni cam mana...??

Ni ha buah sawa....



Rupa-rupanya nama lain bagi buah sawa ni buah ciku....

Kesian aku kena main ngan abang ipar aku..... 


Friday, December 28, 2012

Senarai Smartphone Untuk Rebate RM 200



Berikut merupakan senarai telefon pintar yang boleh dibeli dengan menggunakan rebat RM200 yang diberikan oleh kerajaan untuk semua belia di Malaysia yang berumur di antara 21 hingga 30 tahun bermula Januari 2013.


Semua belia boleh membuat pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my mulai selasa minggu depan. Perlu diingat skim ini adalah siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar selagi stok masih ada.

Model-model Smartphones yang terpilih:-
1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket 
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

p/s: model ini akan diupdate dari masa ke semasa.

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut