Ads

Wednesday, September 28, 2011

Bertukar Status....

Setelah sekian lama bercuti akhir nya aku kembali bekerja..... Tapi kerja dlm mood yang malas yang amat.... Entah dari mana datang nya angin yang membuatkan aku rajin nak update blog pagi-pagi buta cm ni... sebenarnya aku keja malam so sementara nak tunggu time balik aku merajinkan la diri aku nak update blog..

Aku malas nak tulis panjang-panjang... So kita layan ja la sedikit sebanyak gambar sempena Majlis Perkahwinan aku baru-baru ni....

Sebelum Majlis Akad Nikah Berlangsung...
Berdebar-debar oo masa tue....


Akhirnya aku sah bernikah dengan suami tercinta....
Alhamdulillah....

Cincin perkahwinan...
Tanda cinta terikat sudah.....

Majlis Batal Air Sembahyang...


Kini aku bernaung di bawah lembayung kasihmu...

Merenung masa depan yang akan ditempuhi bersama...

Pelamin kasih...
Singgahsana raja sehari.....

Hijau pink pilihan hati untuk menjadi raja sehari...

Tersenyum gembira...
Doakanlah perkahwinan aku sentiasa diberhati, kekal hingga ke hujung nyawa, bahagia sentiasa dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah....
Amin....

Monday, September 12, 2011

Cuti Panjang....!!!



Hari ni last aku keja.. Ooppss...!!! Bukan nak resign ok tapi ambik cuti untuk persiapan perkahwinan aku dengan tunang aku yang tersayang.... Aku update blog ni pun guna internet kt tempat keja jerr sebab kalau balik umah memang tak sempat punyalah nak update blog sebab banyak keja yang menanti aku kat umah... 
So curi-curi la masa keja tambah-tambah bila supervisor balik halfday hari ni... 
Peluang-peluang.....

Aku akan mula bercuti dari 13 September hingga 21 September...  Tak la panjang sangat kan... Rasanya orang lain ambik lagi panjang kot kalau cuti kawen.... Tapi aku ambik cuti ckit jerr sebab nak spare cuti untuk kenduri belah pihak lelaki plak 
bulan Disember ni.... Lama kan nak kena tunggu... Huhuhu....

Aku harap perkahwinan ni akan kekal hingga ke akhir hayat.... Kepada kawan-kawan tolong doakan untuk aku naa... Bye... 


Monday, September 5, 2011

PKC ku menangis di pagi Syawal....

Firstly aku nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blogger... (bajet cam ramai follower la konon tapi pada hakikatnya ciput ja pun...)


Hari raya sepatutnya jadi hari yang mengembirakan semua orang... Tapi something happen masa 1st day hari raya telah menyebabkan mood hari raya aku pudar cikit... Ni la kisah yang menyebabkan mood hari raya aku kelam....
Jom layan cita aku ni jap...

Sambil tersenyum aku memandu PKC aku lepas beraya kat rumah mak mertua tak jadi aku.... Tengah asyik memandu sambil hati berlagu riang tiba-tiba... kereta aku terhenti di tengah jalan.... sebabnya PKC aku bertembung ngan sebiji kereta Saga BLM warna hitam... Alamak cam mana ni... Mampus la poket aku nak kena bayar berapa plak ni pagi-pagi raya ni... Jantung aku cam terhenti jap sebab first time berlanggar dengan kereta orang... kalau berlanggar ngan pagar & tiang tu aku besa la jugak... Hehehe..

Sambil kontrol perasaan takut aku turun dari kereta.. Aku tengok kereta orang tu... Nasib baik tak berapa teruk sangat.... Aku tengok plak PKC aku... Alamak dah comot la.... Tak pa lah.. Kereta aku tak berapa penting... Yang penting kereta Saga BLM tu cam mana plak...

Dengan bajet berani nya aku tanya cam mna ni...

Aku : Encik, cam mna ni..?? Saya nak kena bayar ganti rugi ka nak wat report polis ja  kat balai....
En. Saga BLM : Alamak teruk cikit la kereta saya... Jap yerr saya fikir cam mna.. ( Sambil dia berfikir tu dia ah pangggil kaum kerabat dia mai kat tempat kami berlanggar...)
Aku : (dalam hati : ramainya kaum kerabat dia mai tengok... mampus dah aku... tapi dia ni lelaki... perlu ka nak panggil semua kaum kerabat dia mai sedangkan aku ni perempuan jer....)
En. Saga BLM : cam ni la... awak bayar ganti rugi ja la....
Aku : berapa cik yang saya perlu bayar....??
En. Saga BLM : jap yerr saya call mekanik....

Sepuluh minit kemudian mekanik pun sampai....

Aku : cam mna cik...???
Mekanik : ni kena cat balik ni... tak teruk pun....dalam RM 250 jerrr...
En. Saga BLM : Ehh teruk ni kereta saya.... kemek cikit ni...
Mekanik : Ak'a kena ketuk ckit ni... Dalam Rm 350 jerr.... Cuba buka pintu kereta
En. Saga BLM : Boleh buka sambil membuka pintu kereta....
Mekanik : Ehh kena tukar pintu ni...
Aku : dalam hati.... tak kan calar & kemek tak sampai 5mm pun sampai kena tukar pintu.... Gila ka apa depa ni...
Mekanik : ni total semua dalam Rm 500 cam tu....
Aku : tak pa lah cik... Saya wat report ja la kat balai.. Cik nak ikut jom la... Kalau tak nak ikut suka...
En. Saga BLM : Ehh cik kita settle kat cini ja la...
Aku : Dari saya bayar awak RM 500 lebih baik saya wat report ja kat balai....Kalau saya salah saya kena saman RM 300 ja...

Aku pun terus drive ke Balai Polis yang berdekatan..... Aku masuk jerr balai polis tu tros seorang polis trafik tu tanya... ni tuan punya kereta PKC yang accident tu ka... Dalam hati aku cakap aikk aku belum pun cakap apa-apa dia ni dah tau dah... confirm polis ni kawan En. Saga BLM.. aku wat tak tau jerr kat polis tu tros aku wat report.. Pastu polis tadi tu menyampuk lagi... "Kalau orang tak langgar kita, kita yang langgar orang..." dalam hati aku ni aku tak angin dah ni kat polis tu... Dengan selamba ja aku cakap..."tak pa la kalau saya langgar orang pun, saya bayar saman...." tros polis tu terdiam.... aku tau polis tu sebenarnya nak perli aku... dia nak kata aku la yang salah... Ada aku kisah... Pas dah settle wat report & jumpa pegawai penyiasat aku kena saman RM 300... tak pa lah kena saman RM 300 dari aku bayar EN. Saga BLM tu RM 500 & ganti pintu dia yang ternyata tak teruk pun tu...

Kalau nak ikut kan aku bukan nya salah sangat pun.... Aku sebenarnya nak elak dari langgar kereta yang parking kat tempat tak leh parking tu.. Aku mana la nak nampak ada kereta nak mai dari arah depan sebab kat situ selekoh... Disebabkan Saga BLM tu laju & tak sempat nak hentikan kereta tu yang terlanggar pintu belakang kereta dia ckit tu.. Tak pa lah nak wat cam mna benda dah jadi... Apa yang pasti dia tak leh nak claim insuran PKC aku tu sebab kereta dia tu kena cikit sangat...  En. Saga BLM tu meroyan sangat sebab kereta dia tu dia baru ja beli dua hari sebelum Hari Raya... Dia beli kereta second hand.... Nasib hang la Em. Saga BLM... Repair la sendiri kereta hang tu... Sapa suruh hang demand sampai RM 500... Kalau hang cakapa RM 250 yang mula-mula tu dah lama dah aku bayar...

Bagus jugak bnda ni jadi kat aku supaya aku jadi berani & tak mudah kena tipu dengan orang lain.. Benda ni akan wat aku lebih berhati-hati kat jalan raya & berhati-hati dengan orang yang mudah nak kelentong duit ornag terutama
pemandu wanita cam aku.....