Ads

Monday, September 5, 2011

PKC ku menangis di pagi Syawal....

Firstly aku nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blogger... (bajet cam ramai follower la konon tapi pada hakikatnya ciput ja pun...)


Hari raya sepatutnya jadi hari yang mengembirakan semua orang... Tapi something happen masa 1st day hari raya telah menyebabkan mood hari raya aku pudar cikit... Ni la kisah yang menyebabkan mood hari raya aku kelam....
Jom layan cita aku ni jap...

Sambil tersenyum aku memandu PKC aku lepas beraya kat rumah mak mertua tak jadi aku.... Tengah asyik memandu sambil hati berlagu riang tiba-tiba... kereta aku terhenti di tengah jalan.... sebabnya PKC aku bertembung ngan sebiji kereta Saga BLM warna hitam... Alamak cam mana ni... Mampus la poket aku nak kena bayar berapa plak ni pagi-pagi raya ni... Jantung aku cam terhenti jap sebab first time berlanggar dengan kereta orang... kalau berlanggar ngan pagar & tiang tu aku besa la jugak... Hehehe..

Sambil kontrol perasaan takut aku turun dari kereta.. Aku tengok kereta orang tu... Nasib baik tak berapa teruk sangat.... Aku tengok plak PKC aku... Alamak dah comot la.... Tak pa lah.. Kereta aku tak berapa penting... Yang penting kereta Saga BLM tu cam mana plak...

Dengan bajet berani nya aku tanya cam mna ni...

Aku : Encik, cam mna ni..?? Saya nak kena bayar ganti rugi ka nak wat report polis ja  kat balai....
En. Saga BLM : Alamak teruk cikit la kereta saya... Jap yerr saya fikir cam mna.. ( Sambil dia berfikir tu dia ah pangggil kaum kerabat dia mai kat tempat kami berlanggar...)
Aku : (dalam hati : ramainya kaum kerabat dia mai tengok... mampus dah aku... tapi dia ni lelaki... perlu ka nak panggil semua kaum kerabat dia mai sedangkan aku ni perempuan jer....)
En. Saga BLM : cam ni la... awak bayar ganti rugi ja la....
Aku : berapa cik yang saya perlu bayar....??
En. Saga BLM : jap yerr saya call mekanik....

Sepuluh minit kemudian mekanik pun sampai....

Aku : cam mna cik...???
Mekanik : ni kena cat balik ni... tak teruk pun....dalam RM 250 jerrr...
En. Saga BLM : Ehh teruk ni kereta saya.... kemek cikit ni...
Mekanik : Ak'a kena ketuk ckit ni... Dalam Rm 350 jerr.... Cuba buka pintu kereta
En. Saga BLM : Boleh buka sambil membuka pintu kereta....
Mekanik : Ehh kena tukar pintu ni...
Aku : dalam hati.... tak kan calar & kemek tak sampai 5mm pun sampai kena tukar pintu.... Gila ka apa depa ni...
Mekanik : ni total semua dalam Rm 500 cam tu....
Aku : tak pa lah cik... Saya wat report ja la kat balai.. Cik nak ikut jom la... Kalau tak nak ikut suka...
En. Saga BLM : Ehh cik kita settle kat cini ja la...
Aku : Dari saya bayar awak RM 500 lebih baik saya wat report ja kat balai....Kalau saya salah saya kena saman RM 300 ja...

Aku pun terus drive ke Balai Polis yang berdekatan..... Aku masuk jerr balai polis tu tros seorang polis trafik tu tanya... ni tuan punya kereta PKC yang accident tu ka... Dalam hati aku cakap aikk aku belum pun cakap apa-apa dia ni dah tau dah... confirm polis ni kawan En. Saga BLM.. aku wat tak tau jerr kat polis tu tros aku wat report.. Pastu polis tadi tu menyampuk lagi... "Kalau orang tak langgar kita, kita yang langgar orang..." dalam hati aku ni aku tak angin dah ni kat polis tu... Dengan selamba ja aku cakap..."tak pa la kalau saya langgar orang pun, saya bayar saman...." tros polis tu terdiam.... aku tau polis tu sebenarnya nak perli aku... dia nak kata aku la yang salah... Ada aku kisah... Pas dah settle wat report & jumpa pegawai penyiasat aku kena saman RM 300... tak pa lah kena saman RM 300 dari aku bayar EN. Saga BLM tu RM 500 & ganti pintu dia yang ternyata tak teruk pun tu...

Kalau nak ikut kan aku bukan nya salah sangat pun.... Aku sebenarnya nak elak dari langgar kereta yang parking kat tempat tak leh parking tu.. Aku mana la nak nampak ada kereta nak mai dari arah depan sebab kat situ selekoh... Disebabkan Saga BLM tu laju & tak sempat nak hentikan kereta tu yang terlanggar pintu belakang kereta dia ckit tu.. Tak pa lah nak wat cam mna benda dah jadi... Apa yang pasti dia tak leh nak claim insuran PKC aku tu sebab kereta dia tu kena cikit sangat...  En. Saga BLM tu meroyan sangat sebab kereta dia tu dia baru ja beli dua hari sebelum Hari Raya... Dia beli kereta second hand.... Nasib hang la Em. Saga BLM... Repair la sendiri kereta hang tu... Sapa suruh hang demand sampai RM 500... Kalau hang cakapa RM 250 yang mula-mula tu dah lama dah aku bayar...

Bagus jugak bnda ni jadi kat aku supaya aku jadi berani & tak mudah kena tipu dengan orang lain.. Benda ni akan wat aku lebih berhati-hati kat jalan raya & berhati-hati dengan orang yang mudah nak kelentong duit ornag terutama
pemandu wanita cam aku.....



3 comments:

ciksufi said...

panjang aih entry..hehe..cian saga FL..

Nur Azila Romli said...

panjang la sbb peristiwa pun pjg...hehehehe...
tu la pasal... nasib baik kena cikit jerr...

Rahmah Ram Ram said...

Selamat Hari Raya...