Ads

Wednesday, December 19, 2012

Makanan Tambahan Untuk Arissa

Selalunya orang kata makanan tambahan untuk baby hanya boleh bagi selepas baby berumur 6 bulan ke atas tapi aku mula bagi makanan tambahan untuk Arissa masa umur dia 3 bulan ++.. Alasan nya Arissa selalu nangis maybe sebab lapar kot... 

Makanan tambahan Arissa yang pertama aku bagi Nestum Beras + Susu... Masa tu aku campur dalam susu dia la... Letak dalam botol... Tapi tak da la banyak dalam 1 sudu teh camtu ja... Masa tu takut pn ada jugak sebab pernah terbaca dalam FB tentang usus bayi tersumbat sebab bagi makanan tambahan kat baby terlalu awal.. Dia makan lama jugak la Nestu ni... 


Pastu try pulak bagi dia makan Puri Heinz Pear + Banana tapi dia tak lalu nak makan.. Dia makan 2 3 suap ja kot.. Pastu dia dah tak nak buka mulut dh... Tak tau la sebab apa..


Masa umur Arissa 5 bulan ++ aku ada jugak la beli Biskut Baby Bites ni tapi beli yang perisa Lobak Merah... Arissa suka sangat sebab dia boleh pegang sendiri kot biskut tu... Sekali makan habis 2 keping....


Sekarang umur dia dah 6 bulan... Ada jugak la sekali tu buat bubur nasi untuk dia tapi dia langsung tak nak makan... Sedih jugak la sebab yang kita masak tu dia tak nak... 
Sekarang ni dah tukar Nestum Arissa.. Bagi perasa Gandum + Madu plak... Bukan apa takot dia jemu kalau makan yang sama ja...



Friday, November 2, 2012

Susu Oh Susu....

Susu ibu memang susu yang terbaik.... Tapi apa kan daya aku hanya menyusu anak aku selama 2 bulan lebih ja.... Sebab lepas tu anak aku jadi suka muntah.... Maybe masa tu raya plak... Aku makan macam-macam sebab tu kot dia muntah bila minum susu aku...


Aku mula bagi Arissa minum susu formula sejak dia berumur 2 hari lagi... Sebab masa tu susu aku ckit sangat... Arissa pulak asyik menangis sebab lapar.... 




Wat permulaan nya aku bagi dia Susu Anmum... Dia minum susu tu dalam 2 minggu kot... Aku sulam kan susu tu dengan susu aku.... Aku stop susu Anmum lepas tu sebab Arissa sakit perut.... Dalam sehari ja dia memerut 5 hingga 6 kali... Kecian dia....



Lepas tu aku tukar susu.... Dari Susu Anmum aku tukar ke S-26 yang besa ja... Tak nak bagi dia yang Gold sebab mahal sgt.... Takut hari2 mendatang tak mampu.... Dia ok dengan susu tu... Tapi bila Arissa dah berumur 4 bulan, masalah lain pulak timbul...Bukan Arissa yang bermasalah tapi susu tu pulak yang dh tak dak dipasaran.... Jenuh 1 Penang aku pusing cari susu ni... Tak dak jugak... 


Pastu aku tukar plak dari susu S-26 kepada Susu Babelac keluaran Dumex.... Harga dia ok la sebab lebih kurang Susu S-26 yang besa tu jugak.... Rasanya Arissa kurang sesuai kot dengan susu ni sebab bila bagi susu ni dia kerap berjaga malam & menangis... Nak kata sakit perut tengok dia ok ja... Tapi bila bagi susu S-26 yang still berbaki kat rumah tu dia xdak la berjaga malam.... So aku ngan husband wat kesimpulan yang Arissa tak sesuai ngan Susu Babelac ni....


Berpusing lagi la aku ngan husband aku cari susu yang sesuai untuk Arissa.... Akhirnya kami jumpa susu ni... Susu S-26 SMA...... rupa-rupanya susu ni adalah gantian Susu S-26 yang aku penah bagi kat Arissa lepas Susu Anmum... Susu ni ada unsur Soya.... So dia mahal ckit la dari Susu S-26 yang besa tu... Tak pa lah mahal ckit asalkan sesuai dengan perut Arissa.... 

Aku harap pasni tak perlu la ada lagi penukaran jenama susu... Rasa cam takot susu lain tak sesuai untuk Arissa... Rasa penat pun ada jgak bertukar2 susu ni....  Baru la aku paham cam mna  perasaan ibu-ibu lain yang terpaksa tukar bermacam-macam jenis susu supaya sesuai ngan perut bayi masing-masing...

Permata Yang Tak Ternilai...

Malam ni angin apa tah yang bertiup kat diri aku ni tiba-tiba rasa rajin plak nak update blog yang dah lama terbiaq... (sebenarnya rasa rajin ckit sebab rini check nuffnang meningkat sikit lagi....hehehe...over ja lebih.. yang sebenarnya naik beberapa sen jee....)

Sebenarnya aku nak bercerita tentang pengalamanku melahirkan puteri sulungku... Permata pertama yang tak ternilai harganya... 



Pada malam 15hb Jun 2012 aku mula rasa perut aku memulas cam orang tersilap makan... Aku gtau kat husband aku... Dengan mudah nya dia ajak aku pi check kt hospital sebab nak kata aku dh nak beranak due date aku seminggu lagi masa tu... Memang tak la aku nak pi hospital... Sebab aku cm dah rasa fobia nk pi hospital sebab sepanjang aku mengandung dh 2 kali aku check in kat Hospital Bersalin Pulau Pinang sebab turun darah.... tu belum masuk pi check up sebab sakit perut yang terlampau... Sambung balik cerita tadi... Disebabkan aku degil sgt tak mau pi hospital, husband aku wat xlayan ja kt aku... Dia tros tido biar aku sakit sorang2.... (padan muka aku sebab degil sgt..). Semalaman jugak la aku tak tido.. Aku rasa maybe aku tertido lebih kurang pkul 6pg kot sbb terlalu mengantuk kot....

Pagi esok nya lebih kurang pkul 9 husband aku gerak aku dari tido... Dia kata darah apa tu yang lekat kat cadar... Terkejut la aku.... Takut pun ada jgk... Rasanya dh turun tanda kot aku cakap kat husband aku.... Dia suruh aku cpt2 siap nak pi hospital... Dalam pkul 12 lebih kot baru aku g hospital... Pas check semua lebih kurang pkul 1.40 tgh doktor cakap baru terbuka 2cm dan aku kena check in hospital wat kali ketiga....
Disebabkan anak aku terlalu aktif dlm perutku menyebabkan aku disuntik ubat tahan sakit 2 jarum sebab doktor takut aku sakit teruk.. (Dalam hati aku belum lagi sakit kenapa nak kena suntik ubat tahan sakit plak..)

Hanya Tuhan ja tau betapa mengantuk nya ubat tu... Aku pn apa lagi tido la... Tapi tidoku yang nyenyak berakhir lebih kurang pkul 4 petang sebab tanda2 sakit nak bersalin mula terasa... Bila mengantuk + sakit jadi pening la akhirnya... Peningku tahap kritikal sampai aku tak lalu nak makan & badan mula mengeletar....
Aduhai... Terpaksa la aku bertahan...Sampai pkul 6.30ptg aku dah tak berjaya nak tahan pening... Mak aku yang mai melawat sebelah ptg sruh aku mandi utk hilangkan rasa pening... Semasa mandi aku rasakan air ketuban aku mula pecah nak rasa baby dah nak terkeluar sgt2... Aku terus ditolak masuk ke Labour Room setelah diperiksa oleh seorang nurse yang mengatakan dah terbuka 9 cm... Tepat pukul 6.58ptg aku selamat melahirkan permata hatiku ditemani suamiku... Mendengar tangisan puteri sulungku terasa hilang semua kesakitan yang aku rasa....

Permata hati ku dinamakan sebagai Nur Arissa Nabila Binti Narulazhar yang bermaksud Cahaya yang Kuat dan Mulia... 
Doaku supaya dia menjadi anak yang solehah dan taat pada agama.....


Saturday, October 6, 2012

My Little Princess



~ Nur Arissa Nabila Binti Narulazhar ~


Blog Berkarat


Entah angin apa tah malam ni tiba-tiba aku tergerak hati nak buka blog aku yg dah setahun tak update ni..... dah berkarat rupanya blog aku ni. Dah lain kan dashboard utk blog ni.... Jadi perak seketika tgk blog ni... Cian kat aku kan... Apa pn mlm ni aku nk walking blog ja.... Nanti bila-bila aku rajin aku 
update blog ni....

Friday, October 21, 2011

Apom Poka-Dot

Hari cuti baru-baru ni aku tak benda apa nk wat kat umah, aku merajinkan diri aku buat apom poka-dot.. Sebenarnya dah lama dah aku teringin nak wat tapi tak dak resepi... So bila aku tgk ada resepi kat blog kawan aku sorang ni aku pun nak try la... Alhamdulillah hasilnya menjadi...
Ni la hasil apom poka-dot aku ni...


Kat sini saya nak kongsi resepi yang saya dapat dari blog kawan saya ni supaya kawan-kawan yang lain pun boleh cuba wat sendiri kat umah bila ada kelapangan...

Bahan-bahan :
  • 3 biji telur gred A (dari peti sejuk tau)
  • 275 gram tepung gandum
  • 200 gram gula halus
  • 150 mililiter susu segar atau susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh ovallet
  • filling - strawbery atau pun blueberry (ikut kesukaan)
  • pewarna (ikut kesukaan)
Cara-cara :
  • masuk semua bahan dalam mangkuk mixer, pukul dengan kelajuan yang maksimum hingga kembang
  • bahagi adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan warna dan titik warna kesukaan anda
  • masukkan adunan berwarna ke dalam piping beg
  • picit adunan ke dalam mangkuk kertas - separuh sahaja
  • letak fillng ke dalam piping beg dan picit ke atas adunan dalam mangkuk kertas ikut citarasa anda
  • picit lagi adunan ke atas filling hingga hampir penuh
  • wat dot-dot atau corak kesukaan anda ke atas adunan
  • kukus selama 10-15 minit...
  • sedia untuk dihidangkan..
SELAMAT MENCUBA....!!!


Thursday, October 20, 2011

Rezeki Yang Tak Disangka-sangka....

Entah kenapa pg 13hb Oktober aku rasa cm malas sangat nak bangun tido... Rasa cam sakit kepala pun ada, rasa cam sakit badan pun ada... Dengan tidak semena-mena angin malas pun bertiup kencang... Dalam hati cakap ambik MC ja la rini...  Huh... Kena pi klinik la plak kalau nak MC... xpa la demi rasa malas tu aku pi jugak klinik...

Sampai klinik aku mendaftar la cam besa... Tgu turn kemudian masuk jmpa doktor.. Doktor tanya sakit apa...?? aku pun cakap aku rasa sakit kepala & sakit badan.... Doktor tu cakap awak mengandung kot (sebab dia tengok aku mai klinik ngan my hubby). Aku cakap la saya dh test dh minggu lepas tapi xde apa-apa pn... Doktor tu suruh wat pregnant test sekali lg... Aku pun ok ja la...


Wat-wat pregnant test tu hasilnya positif.... Huh.... Dalam hati macam-macam rasa ada... Happy, gelisah, takot & macam-macam lagi lah... Maklum la aku kan baru ja kawen... Kemudian doktor tu cakap aku mengandung 6 minggu... Lagi la aku terkejut... Aku baru kawen 3 @ 4 minggu masa tu cam mna plak aku bleh pregnant 6 minggu... Rupa-rupanya ia dikira daripada hari pertama aku last period... Heehehhe... rasa cam orang bodoh plak masa tu... Maklum la baru pertama kali pregnant... Hubby aku memang suka sangat la dengaq berita ni... Aku harap kandungan aku ni kuat & dapat bertahan hingga aku bersalin nanti bulan Jun tahun depan...


Wednesday, September 28, 2011

Bertukar Status....

Setelah sekian lama bercuti akhir nya aku kembali bekerja..... Tapi kerja dlm mood yang malas yang amat.... Entah dari mana datang nya angin yang membuatkan aku rajin nak update blog pagi-pagi buta cm ni... sebenarnya aku keja malam so sementara nak tunggu time balik aku merajinkan la diri aku nak update blog..

Aku malas nak tulis panjang-panjang... So kita layan ja la sedikit sebanyak gambar sempena Majlis Perkahwinan aku baru-baru ni....

Sebelum Majlis Akad Nikah Berlangsung...
Berdebar-debar oo masa tue....


Akhirnya aku sah bernikah dengan suami tercinta....
Alhamdulillah....

Cincin perkahwinan...
Tanda cinta terikat sudah.....

Majlis Batal Air Sembahyang...


Kini aku bernaung di bawah lembayung kasihmu...

Merenung masa depan yang akan ditempuhi bersama...

Pelamin kasih...
Singgahsana raja sehari.....

Hijau pink pilihan hati untuk menjadi raja sehari...

Tersenyum gembira...
Doakanlah perkahwinan aku sentiasa diberhati, kekal hingga ke hujung nyawa, bahagia sentiasa dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah....
Amin....

Monday, September 12, 2011

Cuti Panjang....!!!



Hari ni last aku keja.. Ooppss...!!! Bukan nak resign ok tapi ambik cuti untuk persiapan perkahwinan aku dengan tunang aku yang tersayang.... Aku update blog ni pun guna internet kt tempat keja jerr sebab kalau balik umah memang tak sempat punyalah nak update blog sebab banyak keja yang menanti aku kat umah... 
So curi-curi la masa keja tambah-tambah bila supervisor balik halfday hari ni... 
Peluang-peluang.....

Aku akan mula bercuti dari 13 September hingga 21 September...  Tak la panjang sangat kan... Rasanya orang lain ambik lagi panjang kot kalau cuti kawen.... Tapi aku ambik cuti ckit jerr sebab nak spare cuti untuk kenduri belah pihak lelaki plak 
bulan Disember ni.... Lama kan nak kena tunggu... Huhuhu....

Aku harap perkahwinan ni akan kekal hingga ke akhir hayat.... Kepada kawan-kawan tolong doakan untuk aku naa... Bye... 


Monday, September 5, 2011

PKC ku menangis di pagi Syawal....

Firstly aku nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blogger... (bajet cam ramai follower la konon tapi pada hakikatnya ciput ja pun...)


Hari raya sepatutnya jadi hari yang mengembirakan semua orang... Tapi something happen masa 1st day hari raya telah menyebabkan mood hari raya aku pudar cikit... Ni la kisah yang menyebabkan mood hari raya aku kelam....
Jom layan cita aku ni jap...

Sambil tersenyum aku memandu PKC aku lepas beraya kat rumah mak mertua tak jadi aku.... Tengah asyik memandu sambil hati berlagu riang tiba-tiba... kereta aku terhenti di tengah jalan.... sebabnya PKC aku bertembung ngan sebiji kereta Saga BLM warna hitam... Alamak cam mana ni... Mampus la poket aku nak kena bayar berapa plak ni pagi-pagi raya ni... Jantung aku cam terhenti jap sebab first time berlanggar dengan kereta orang... kalau berlanggar ngan pagar & tiang tu aku besa la jugak... Hehehe..

Sambil kontrol perasaan takut aku turun dari kereta.. Aku tengok kereta orang tu... Nasib baik tak berapa teruk sangat.... Aku tengok plak PKC aku... Alamak dah comot la.... Tak pa lah.. Kereta aku tak berapa penting... Yang penting kereta Saga BLM tu cam mana plak...

Dengan bajet berani nya aku tanya cam mna ni...

Aku : Encik, cam mna ni..?? Saya nak kena bayar ganti rugi ka nak wat report polis ja  kat balai....
En. Saga BLM : Alamak teruk cikit la kereta saya... Jap yerr saya fikir cam mna.. ( Sambil dia berfikir tu dia ah pangggil kaum kerabat dia mai kat tempat kami berlanggar...)
Aku : (dalam hati : ramainya kaum kerabat dia mai tengok... mampus dah aku... tapi dia ni lelaki... perlu ka nak panggil semua kaum kerabat dia mai sedangkan aku ni perempuan jer....)
En. Saga BLM : cam ni la... awak bayar ganti rugi ja la....
Aku : berapa cik yang saya perlu bayar....??
En. Saga BLM : jap yerr saya call mekanik....

Sepuluh minit kemudian mekanik pun sampai....

Aku : cam mna cik...???
Mekanik : ni kena cat balik ni... tak teruk pun....dalam RM 250 jerrr...
En. Saga BLM : Ehh teruk ni kereta saya.... kemek cikit ni...
Mekanik : Ak'a kena ketuk ckit ni... Dalam Rm 350 jerr.... Cuba buka pintu kereta
En. Saga BLM : Boleh buka sambil membuka pintu kereta....
Mekanik : Ehh kena tukar pintu ni...
Aku : dalam hati.... tak kan calar & kemek tak sampai 5mm pun sampai kena tukar pintu.... Gila ka apa depa ni...
Mekanik : ni total semua dalam Rm 500 cam tu....
Aku : tak pa lah cik... Saya wat report ja la kat balai.. Cik nak ikut jom la... Kalau tak nak ikut suka...
En. Saga BLM : Ehh cik kita settle kat cini ja la...
Aku : Dari saya bayar awak RM 500 lebih baik saya wat report ja kat balai....Kalau saya salah saya kena saman RM 300 ja...

Aku pun terus drive ke Balai Polis yang berdekatan..... Aku masuk jerr balai polis tu tros seorang polis trafik tu tanya... ni tuan punya kereta PKC yang accident tu ka... Dalam hati aku cakap aikk aku belum pun cakap apa-apa dia ni dah tau dah... confirm polis ni kawan En. Saga BLM.. aku wat tak tau jerr kat polis tu tros aku wat report.. Pastu polis tadi tu menyampuk lagi... "Kalau orang tak langgar kita, kita yang langgar orang..." dalam hati aku ni aku tak angin dah ni kat polis tu... Dengan selamba ja aku cakap..."tak pa la kalau saya langgar orang pun, saya bayar saman...." tros polis tu terdiam.... aku tau polis tu sebenarnya nak perli aku... dia nak kata aku la yang salah... Ada aku kisah... Pas dah settle wat report & jumpa pegawai penyiasat aku kena saman RM 300... tak pa lah kena saman RM 300 dari aku bayar EN. Saga BLM tu RM 500 & ganti pintu dia yang ternyata tak teruk pun tu...

Kalau nak ikut kan aku bukan nya salah sangat pun.... Aku sebenarnya nak elak dari langgar kereta yang parking kat tempat tak leh parking tu.. Aku mana la nak nampak ada kereta nak mai dari arah depan sebab kat situ selekoh... Disebabkan Saga BLM tu laju & tak sempat nak hentikan kereta tu yang terlanggar pintu belakang kereta dia ckit tu.. Tak pa lah nak wat cam mna benda dah jadi... Apa yang pasti dia tak leh nak claim insuran PKC aku tu sebab kereta dia tu kena cikit sangat...  En. Saga BLM tu meroyan sangat sebab kereta dia tu dia baru ja beli dua hari sebelum Hari Raya... Dia beli kereta second hand.... Nasib hang la Em. Saga BLM... Repair la sendiri kereta hang tu... Sapa suruh hang demand sampai RM 500... Kalau hang cakapa RM 250 yang mula-mula tu dah lama dah aku bayar...

Bagus jugak bnda ni jadi kat aku supaya aku jadi berani & tak mudah kena tipu dengan orang lain.. Benda ni akan wat aku lebih berhati-hati kat jalan raya & berhati-hati dengan orang yang mudah nak kelentong duit ornag terutama
pemandu wanita cam aku.....